Saturday 17 March 2012

Cinta Buat Izara (1)

Izara benar-benar buntu . Dia tidak dapat berfikir dengan tenang . Fikirannya bercelaru . Hanya wajah itu yang bermain di fikirannya . 'Tapi siapa lelaki tu , kenapa aku asyik fikir pasal dia ye . Aku dah jatuh cinta ke . Oh tidak !' hati kecilnya tertanya-tanya . Adakah lelaki itu telah berjaya mengetuk pintu hatinya ?

Gadis kecil itu menyisir rambutnya . Dia kelihatan anggun dengan sepasang baju kurung berwarna merah jambu . Sesuai dengan kulitnya yang putih . Rambut lurus yang panjang ke paras pinggang dilepaskan begitu sahaja . Izara menyanyi kecil sambil menuruni anak tangga . Langkahnya terhenti saat dia terpandang sesusuk tubuh lelaki yang dia minati . Dia memerhatikan lelaki itu . Izara masih belum mengetahui namanya . Lelaki itu terlalu istimewa baginya .

"Amir !" seorang perempuan berambut perang memanggil lelaki pujaannya itu . Dia melambai-lambai ke arah Amir . Izara kelihatan hampa . Walaupun dia telah mengetahui nama lelaki itu namun dia merasakan Amir itu tidak mungkin untuk dia miliki . Gadis berambut perang itu mendekati Amir , dia menyerahkan beberapa buah buku kepada Amir . Amir kelihatan gembira bertemu gadis itu . Mereka berbual-bual sambil tertawa kecil . Izara nampak cemburu . Dia semakin keliru dengan perasaannya sendiri . Dia terus berjalan meninggalkan blok asrama Sakura 2 .


********

"Prof , saya bukannya tak mahu lulus tapi ...." "Tiada tapi-tapi Izara . Awak dah gagal dua kali untuk subjek ni . Saya mahu awak mengikuti extra class pada waktu malam." Prof . Shafiq memberi kata putus sebelum sempat Izara menghabiskan alasannya .

"Oh , tidak ! Mamat ni pun ada kat sini . Matilah aku ." Izara cemas tatkala melihat Amir turut hadir kelas pada malam itu . "Alamak , macam mana ni. " Izara mati kutu . "Course yang sama ke . Tapi kenapa aku tak perasan selama ni ye ?" Dia tertanya-tanya sendiri .
Amir mengambil tempat duduk disebelag Izara memandangkan tiada lagi tempat kosong . Izara cemas namun masih mencuba untuk berlagak seperti biasa . Dalam kekalutannya itu , bukunya terjatuh . Izara kelam kabut menunduk mencari bukunya . Ketika dia ingin mencapai bukunya , dia terpegang tangan seseorang .
"Maafkan saya . Buku awak ." Amir menghulurkan buku itu . Dia tersenyum memandang gadis di sebelahnya .
"Terima kasih ." Izara tersenyum malu .
"Maaf lah awak , saya tersentuh tangan awak tadi ." Izara cuba berbicara .
"Eh , tak apa . Bukan salah awak ." Amir tersenyum lagi .
"Kenapa awak pun ikut kelas ni ? Setahu saya awak pelajar cemerlang ." Izara masih menyembunyikan perasaan gugupnya . "Kenapa , salah ke nak ikut kelas ni ? Ilmu itu perlu diperbaharui tau . Kalau tak belajar nanti lupa . Dari saya buang masa baik saya belajar kat sini kan ?" Amir tersenyum lagi ."Betul cakap awak tu ." Izara tersenyum kelat . Dia semakin malu . Dia masih berkira-kira untuk memperkenalkan dirinya . "Awak Amir kan ?" Izara berpura-pura . "Ya , saya Amir. Act Amirul . Amirul Adeen ." "Oh , kenapa tak panggil Adeen je ? Sedap nama tu ." "Entah , saya lebih suka orang panggik saya Amir . Sejak kecil memang orang panggil macam tu ." "Saya selalu dengar orang sebut nama awak dekat sinh . Baru hari ni dapat jumpa orangnya . Not bad lah ."
"Not bad ? Kenapa , saya tak hensem ke ?" Amir tertawa kecil . "Macam yang saya cakap tadi . Not bad lah ." Izara turut tertawa . Perasaan gugupnya semakin berkurangan .
"Awak pun cantik juga . Ayu . By the way siapa nama awak ? Asyik cakap pasal saya je . Tak tahu nama awak lagi ." "Nama saya Izara . Puteri Izara Amira ." Izara hanya tersenyum . "Nice name for a nice girl . Not bad ." "Eh , awak perli saya ye ." "Eh , tak lah . Saya perli diri sendiri je ." Mereka tertawa lagi .

*******