Sunday 18 March 2012

Cinta Buat Izara (2)

Lagu Tentang Rasa nyanyian Astrid berdering di telefon bimbit Izara . Dicapainya telefon itu . "Siapa pula yang rajin sangat mesej aku ni ?" Omel Izara sendirian . Dia membuka mesej tersebut . "Izara ! Jom keluar makan nak ?" Siapa yang mesej ni ye ? Hati Izara tertanya-tanya . Dia membalas mesej tersebut . "Assalamualaikum , siapa ni ye ?" Dua minit selepas itu telefonnya berdering lagi . "Waalaikumussalam . Ni Amir lah . Zara tak save number Amir ye ?" Alamak , macam mana ni . Kantoi dah aku tak simpan nombor dia . Izara kalut . "Oh , Amir . Sorry , Zara lupa lah . Kenapa Amir ?" Hati Izara berdebar . "Amir nak ajak Zara keluar makan lah . Nak ikut tak ? Amir ada kat bawah ni ." What ! Dia kat bawah . Izara makin kalut . "Amir bagi Zara sepuluh minit . Sekejap ye ." Izara mencapai sehelai blaus kuning air dari dalam almari . "Okay ." Amir membalas pendek . Seluar slack berwarna kelabu dipadankan dengan blaus kuning berbunga . Izara hanya memakai bedak kompak dan sedikit pelembap bibir . Dia segera turun dari bangunan asrama Sakura 2 .

"Amir ! Lama tunggu ?" Izara menyapa dari belakang . "Eh , tak lama . Lima belas minit je ." Amir mencebik . "Sorry lah Amir . Amir tak bagi tahu Zara awal-awal . Ni tiba-tiba je ." Izara cuba memujuk . Amir memang selalu merajuk dengannya . Walaupun dia tahu itu lakonan semata-mata namun Izara tetap rasa bersalah membiarkan Amir menunggu lama .

Amir terpana seketika melihat Izara begitu ayu . Mukanya tampak cantik tanpa banyak make-up . Setelah dua bulan mereka saling mengenali , ini kali pertama Amir mengajak Izara keluar . Mereka sedikit kekok kerana belum pernah keluar bersama . Namun sikap Amir yang kelakar itu selalu membuat mereka akrab .

"Zara cantik malam ni ." "Eh , biasa je lah . Hari-hari pun Zara tetap macam ni kan ." Izara tersenyum . Dia malu dipuji begitu . Sememangnya Izara merupakan seorang gadis yang cantik . Wajahnya yang putih dihiasi sepasang mata yang redup . Bibirnya yang kecil berwarna merah jambu membuatkan dia kelihatan comel . "Mana ada sama . Selalunya Amir jumpa Zara waktu siang . Make-up tebal . Tapi malam ni Zara simple je . Tak make-up pun . Lain lah tu ." Amir tertawa mengusik . "Amir ni . Ada-ada je . Amir nak bawa Zara pergi mana ni ?" "Ikut je lah . Jom ." Amir membukakan pintu kereta buat Izara .


************

No comments: