Monday 26 March 2012

Memori 24 Mac 2012

Assalamualaikum ..
Catatan ni ditype khas agar Miera x kan lupa kenangan yang tercipta tu . Maaf jika tidak disenangi oleh mana2 pihak ..

On 24 March 2012 , Kursus Ketua Patrol / Ketua Sekawan telah diadakan di SMK Bandar Sungai Buaya . So , as seorang pengakap Miera ikut la kursus ni . Kursus ni berjalan selama dua hari sampai 25 March la . Awal2 pagi pukul 5.30 mama dah kejut bangun tidur . (kantoi mak kejut lagi) And then papa pun hantar Miera dekat sekolah pagi tu seawal 7 pagi . Time tu tak ada orang lagi so Miera duduk la kat bus stop dengan seorang kakak form 5 ni . Sambil tu mesej2 dengan abang . 7.25 abang pun sampai . Tepat2 . So kami jalan masuk sekolah pergi kantin . Tak makan lagi .. Hehe

Kira2 pukul 9 semua ahli pengakap yang menyertai kursus tu pun bertolak menaiki kereta cikgu2 je . Sampai je kat sana kitorang masing2 dah separate ikut patrol masing2 . And then bermula la sesi pembelajaran kat situ . Hehe , bak kata para pemimpin 'Buku Log adalah nyawa Pengakap' so kerja kitorang sepanjang hari menyalin je . Tiba time makan baru Miera ingat yang Miera tak bawa pinggan . Haha , memang tak makan la . Tapi breakfast makan roti je so senang la . And then sambung balik tulis menulis kat dalam dewan sampai petang . Petang tu baru keluar pergi stesen2 untuk belajar Istiadat Bendera , Jerat , Asas Kawad and Ikatan . Pukul 6.41 kami dilepaskan untuk membersihkan diri and then makan , solat .

Pukul 7.50 Miera pergi jumpa abang jap . And kitorang sembang2 kat situ dengan kakak sekali . But then abang minta couple . Abang dah hantar mesej petang tu nak minta couple tapi Miera tak nak couple mesej2 je . Miera nak dengar dia cakap . So tepat 8 malam 24 Mac 2012 bertempat di aras 1 SMK Bandar Sungai Buaya , abang minta couple kat Miera but gaya macam nak melamar je . Hehe , ayat skema tu tak boleh tahan . Miera nak tergelak but Miera terima abang and Miera sayang abang .

Jadi lepas tu kitorang buat macam biasa je la and teruskan aktiviti kat kursus tu . Lepas solat isyak terus buat aktiviti . Tak lama lepas tu masuk dewan lagi . Tersengguk2 kat dalam dewan tu tahan mengantuk . Hehe . Pukul 12.30 malam baru tidur .

Sunday 18 March 2012

Cinta Buat Izara (2)

Lagu Tentang Rasa nyanyian Astrid berdering di telefon bimbit Izara . Dicapainya telefon itu . "Siapa pula yang rajin sangat mesej aku ni ?" Omel Izara sendirian . Dia membuka mesej tersebut . "Izara ! Jom keluar makan nak ?" Siapa yang mesej ni ye ? Hati Izara tertanya-tanya . Dia membalas mesej tersebut . "Assalamualaikum , siapa ni ye ?" Dua minit selepas itu telefonnya berdering lagi . "Waalaikumussalam . Ni Amir lah . Zara tak save number Amir ye ?" Alamak , macam mana ni . Kantoi dah aku tak simpan nombor dia . Izara kalut . "Oh , Amir . Sorry , Zara lupa lah . Kenapa Amir ?" Hati Izara berdebar . "Amir nak ajak Zara keluar makan lah . Nak ikut tak ? Amir ada kat bawah ni ." What ! Dia kat bawah . Izara makin kalut . "Amir bagi Zara sepuluh minit . Sekejap ye ." Izara mencapai sehelai blaus kuning air dari dalam almari . "Okay ." Amir membalas pendek . Seluar slack berwarna kelabu dipadankan dengan blaus kuning berbunga . Izara hanya memakai bedak kompak dan sedikit pelembap bibir . Dia segera turun dari bangunan asrama Sakura 2 .

"Amir ! Lama tunggu ?" Izara menyapa dari belakang . "Eh , tak lama . Lima belas minit je ." Amir mencebik . "Sorry lah Amir . Amir tak bagi tahu Zara awal-awal . Ni tiba-tiba je ." Izara cuba memujuk . Amir memang selalu merajuk dengannya . Walaupun dia tahu itu lakonan semata-mata namun Izara tetap rasa bersalah membiarkan Amir menunggu lama .

Amir terpana seketika melihat Izara begitu ayu . Mukanya tampak cantik tanpa banyak make-up . Setelah dua bulan mereka saling mengenali , ini kali pertama Amir mengajak Izara keluar . Mereka sedikit kekok kerana belum pernah keluar bersama . Namun sikap Amir yang kelakar itu selalu membuat mereka akrab .

"Zara cantik malam ni ." "Eh , biasa je lah . Hari-hari pun Zara tetap macam ni kan ." Izara tersenyum . Dia malu dipuji begitu . Sememangnya Izara merupakan seorang gadis yang cantik . Wajahnya yang putih dihiasi sepasang mata yang redup . Bibirnya yang kecil berwarna merah jambu membuatkan dia kelihatan comel . "Mana ada sama . Selalunya Amir jumpa Zara waktu siang . Make-up tebal . Tapi malam ni Zara simple je . Tak make-up pun . Lain lah tu ." Amir tertawa mengusik . "Amir ni . Ada-ada je . Amir nak bawa Zara pergi mana ni ?" "Ikut je lah . Jom ." Amir membukakan pintu kereta buat Izara .


************

Saturday 17 March 2012

Cinta Buat Izara (1)

Izara benar-benar buntu . Dia tidak dapat berfikir dengan tenang . Fikirannya bercelaru . Hanya wajah itu yang bermain di fikirannya . 'Tapi siapa lelaki tu , kenapa aku asyik fikir pasal dia ye . Aku dah jatuh cinta ke . Oh tidak !' hati kecilnya tertanya-tanya . Adakah lelaki itu telah berjaya mengetuk pintu hatinya ?

Gadis kecil itu menyisir rambutnya . Dia kelihatan anggun dengan sepasang baju kurung berwarna merah jambu . Sesuai dengan kulitnya yang putih . Rambut lurus yang panjang ke paras pinggang dilepaskan begitu sahaja . Izara menyanyi kecil sambil menuruni anak tangga . Langkahnya terhenti saat dia terpandang sesusuk tubuh lelaki yang dia minati . Dia memerhatikan lelaki itu . Izara masih belum mengetahui namanya . Lelaki itu terlalu istimewa baginya .

"Amir !" seorang perempuan berambut perang memanggil lelaki pujaannya itu . Dia melambai-lambai ke arah Amir . Izara kelihatan hampa . Walaupun dia telah mengetahui nama lelaki itu namun dia merasakan Amir itu tidak mungkin untuk dia miliki . Gadis berambut perang itu mendekati Amir , dia menyerahkan beberapa buah buku kepada Amir . Amir kelihatan gembira bertemu gadis itu . Mereka berbual-bual sambil tertawa kecil . Izara nampak cemburu . Dia semakin keliru dengan perasaannya sendiri . Dia terus berjalan meninggalkan blok asrama Sakura 2 .


********

"Prof , saya bukannya tak mahu lulus tapi ...." "Tiada tapi-tapi Izara . Awak dah gagal dua kali untuk subjek ni . Saya mahu awak mengikuti extra class pada waktu malam." Prof . Shafiq memberi kata putus sebelum sempat Izara menghabiskan alasannya .

"Oh , tidak ! Mamat ni pun ada kat sini . Matilah aku ." Izara cemas tatkala melihat Amir turut hadir kelas pada malam itu . "Alamak , macam mana ni. " Izara mati kutu . "Course yang sama ke . Tapi kenapa aku tak perasan selama ni ye ?" Dia tertanya-tanya sendiri .
Amir mengambil tempat duduk disebelag Izara memandangkan tiada lagi tempat kosong . Izara cemas namun masih mencuba untuk berlagak seperti biasa . Dalam kekalutannya itu , bukunya terjatuh . Izara kelam kabut menunduk mencari bukunya . Ketika dia ingin mencapai bukunya , dia terpegang tangan seseorang .
"Maafkan saya . Buku awak ." Amir menghulurkan buku itu . Dia tersenyum memandang gadis di sebelahnya .
"Terima kasih ." Izara tersenyum malu .
"Maaf lah awak , saya tersentuh tangan awak tadi ." Izara cuba berbicara .
"Eh , tak apa . Bukan salah awak ." Amir tersenyum lagi .
"Kenapa awak pun ikut kelas ni ? Setahu saya awak pelajar cemerlang ." Izara masih menyembunyikan perasaan gugupnya . "Kenapa , salah ke nak ikut kelas ni ? Ilmu itu perlu diperbaharui tau . Kalau tak belajar nanti lupa . Dari saya buang masa baik saya belajar kat sini kan ?" Amir tersenyum lagi ."Betul cakap awak tu ." Izara tersenyum kelat . Dia semakin malu . Dia masih berkira-kira untuk memperkenalkan dirinya . "Awak Amir kan ?" Izara berpura-pura . "Ya , saya Amir. Act Amirul . Amirul Adeen ." "Oh , kenapa tak panggil Adeen je ? Sedap nama tu ." "Entah , saya lebih suka orang panggik saya Amir . Sejak kecil memang orang panggil macam tu ." "Saya selalu dengar orang sebut nama awak dekat sinh . Baru hari ni dapat jumpa orangnya . Not bad lah ."
"Not bad ? Kenapa , saya tak hensem ke ?" Amir tertawa kecil . "Macam yang saya cakap tadi . Not bad lah ." Izara turut tertawa . Perasaan gugupnya semakin berkurangan .
"Awak pun cantik juga . Ayu . By the way siapa nama awak ? Asyik cakap pasal saya je . Tak tahu nama awak lagi ." "Nama saya Izara . Puteri Izara Amira ." Izara hanya tersenyum . "Nice name for a nice girl . Not bad ." "Eh , awak perli saya ye ." "Eh , tak lah . Saya perli diri sendiri je ." Mereka tertawa lagi .

*******